Every 20th of the month reminds me of my late tok abah (grandfather). This write-up is not in any way a boasting fest but more of a sign of respect to a man who has been such an inspiration to many including myself. Having a road after your name is not something that occurs every day but unlike any other person, tok abah was an extraordinary man. Chief Minister Lim Guan Eng in his speech on 14 Mac 2012 at the officiating ceremony sums it up with the following:
“Tun Haji Hamdan bin Sheikh Tahir dikenali umum bukan saja sebagai Tuan Yang Terutama Gabenor Pulau Pinang tetapi juga sebagai seorang tokoh pendidik dan pegawai pendidikan yang terkemuka serta sebagai Naib Canselor kedua USM. Dilahirkan pada 27 April 1921 di Pulau Pinang dan mendapat pendidikan awal di Madrasah Haji Taib, Parit Jamil, Muar, Johor. Pada tahun 1939, beliau mendapat biasiswa untuk melanjutkan pelajaran ke Raffle’s College.
Para hadiri sekalian,
Sumbangan khidmat beliau dalam bidang pendidikan terus melebar bila dilantik untuk berkhidmat sebagai Canselor Universiti Sains Malaysia yang kedua dari tahun 1976 hingga 1982. Dalam tempoh perkhidmatan tersebut banyak sumbangan dan perubahan yang beliau telah lakukan termasuk mempelopori penubuhan Pusat Pengajian Sains Perubatan dan penubuhan Kampus Cawangan Kelantan. Pada tahun 1983 hingga 1985 beliau berkhidmat sebagai Wakil Tetap dan Duta Malaysia ke UNESCO di Paris. Ketokohan beliau yang terserlah dalam bidang pentadbiran membawa kepada pelantikan sebagai Tuan Yang Terutama Yang di-Pertua Negeri Pulau Pinang pada 1 Mei 1989. Sumbangan beliau yang luas dalam dunia pendidikan mendapat penghargaan dan pengiktirafan di peringkat nasional dan antarabangsa.
Para Hadirin Sekalian,
Bekas T.Y.T. Yang Dipertua Negeri Pulau Pinang ini telah menabur begitu banyak sumbangan dan bakti bagi memastikan kualiti pendidikan rakyat Malaysia dan Pulau Pinang terjamin.
Sehubungan itu, Kerajaan Negeri amat berbesar hati memilih dan menamakan Jalan Bertam ke Jalan Kubang Menerong sepanjang 7.3 kilometer kepada Jalan Tun Hamdan Sheikh Tahir sebagai tanda penghargaan terhadap sumbangan dan bakti yang telah diberikan oleh beliau kepada rakyat Negeri Pulau Pinang. Jalan tersebut bermula dari hadapan Pejabat Pos Kepala Batas ke persimpangan Jalan Pokok Jenerih, Tasek Gelugor. Pemilihan jalan ini adalah kerana sepanjang laluan tersebut terdapat beberapa institusi pendidikan terdiri dari Malaysia Productivity Corporation, Allianze University College of Medical Sciences, Institut Latihan Perindustrian, Maktab Rendah Sains Mara, Sekolah Menengah Sains dan UiTM.
Di laluan ini juga terdapat Masjid Daerah Kepala Batas, Seberang Perai Utara. Pemilihan jalan ini adalah bertepatan dengan sumbangan dan minat Tun Hamdan Sheikh Tahir terhadap bidang pendidikan. Kerajaan Negeri berharap usaha ini sedikit sebanyak akan membangkitkan rasa kecintaan kepada tokoh terbilang anak negeri kita oleh rakyat terutamanya golongan muda yang lahir selepas zaman beliau dan seterusnya dijadikan contoh untuk memastikan kejayaan di dalam kehidupan.”
To me…he is still & forever would be my tok abah…and his memory & legacy lives on.
No comments:
Post a Comment
a penny for your thoughts